Posted by: mylittlesnow | June 12, 2008

Kaum Melayu seharusnya bersatu padu, tetapi tidak semestinya di bawah ONMU

Malaysia Hari Ini (versi lanun Jack Sparrow)

The Koridor of Powers (Utara, Timur, Iskandar, Sabah, Sarawak – pilih manamana satu)

Ini adalah merupakan paparan blog pertama saya dalam bahasa Malaysia. Dah hampir 10 tahun saya tidak menulis karangan dalam bahasa Malaysia, jadi terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika saya tersalah guna perkataan atau menulis apa-apa yang mungkin menyinggung perasaan anda.

Matlamat utama saya untuk menulis blog ini adalah untuk menyuarakan pendapat saya mengenai perpaduan kaum Melayu. Entah dari mana saya terbaca laporan bahawa ONMU ada niat untuk menghangatkan isu perkauman jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pimpinan kerajaan. Khabarnya, kaum Melayu telah hilang kuasa dan tidak ada gunanya lagi jika tidak bersatu padu. Mungkin negara kita sememangnya tidak akan mencapai matlamat untuk mewujudkan bangsa Malaysia dan isu perkauman tidak akan pergi. Tetapi saya ingin menyeru kepada saudara dan saudari dari kalangan kaum Melayu supaya tidak lagi terpedaya kepada propaganda perkauman yang disuarakan oleh ONMU. Sebaliknya (jika tidak salah baca dari laman web Malaysia Today oleh RPK), orang Melayu di Parlimen telah meningkat dan bilangan ini adalah merupakan rekod tertinggi dalam sejarah. Kononnya kalau Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa, bilangan orang wakil Melayu adalah tidak banyak lagi tapi janganlah kita lupa bahawa pemimpin Pakatan Rakyat adalah saudara DSAI. Bukankah dia seorang Melayu juga dan bukankah dia adalah pemimpin de-facto Keadilan dan juga Pakatan Rakyat?

Jadi fikirlah baik-baik demi untuk negara kita. Adakah lagi wajar untuk kita semua menyokong pemimpin yang telah dicemari oleh rasuah yang juga tidak lagi mementingkan rakyat? Kalau nak bukti atau fakta, sila layari laman web yang memang banyak di luar sana tu dan bacalah sendiri. Saya tidak akan bercerita panjang lebar tentang rasuh dan kepimpinan BeeN yang kian merosot kini. Mengapakah kaum Melayu seharusnya bersatu padu hanya di bawah parti ONMU dan tidak boleh bersatu padu di bawah parti Pakatan Rakyat? Jika semua rakyat bersatu padu di bawah Pakatan Rakyat, saya memang dah amat pasti bahawa kaum Melayu sememangnya masih lagi kaum majoriti dan saya fikir tidak akan jadi masalah untuk kaum Melayu menjadi contoh dan teladan untuk memimpin kaum-kaum lain di kalangan rakyat Malaysia. Saya juga amat pasti bahawa rakyat Malaysia tidak akan mempunyai masalah untuk memilih seorang Melayu untuk memimpin Parti Keadilan dan juga negara seandainya Parti Rakyat berjaya mengambil alih pimpinan negara. Sekarang kita ada saudara DSAI dan juga pemimpin dari PAS. Jangan lupa juga terhadap saudari Nurul Izzah yang mungkin akan mendapat pengajaran dari bapanya untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.

Dengan itu, ingatlah. Perpaduan kaum Melayu bukan sahaja semestinya di bawah ONMU tetapi kita semua masih lagi boleh bersatu padu di bawah Pakatan Rakyat. Inilah pendapat saya sahaja dan anda tidak semestinya bersetuju jika pendapat saya ini memang tidak masuk akal langsung. Akhirnya, sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya menulis apa-apa isu sensitif yang mungkin menyinggung perasaan tetapi saya jamin memang tidak ada niat tersebut. Jikalau ada di kalangan anda yang ingin menghantar artikel ini melalui emel, diharap ia akan dihantar dalam bentuk ‘anonymous’. Tak pasal-pasal nanti ditahan ISA atau didakwa menulis artikel yang ‘seditious’.

Advertisements

Responses

  1. Saya tidak marahkan DSAI jika ia benar-benar hendak keluarkan si pelahap rasuah serta si penyeleweng amanah yang sukar dihapuskan secara biasa. Silakan! Memang sewajarnya mereka itu diberi pengajaran setimpal dengan sikap mereka itu. Tetapi biarlah tidak sampai merosakkan negara ini. Rakyat tidak boleh pejam mata sahaja, masa inilah kita beri penuh tumpuan dan perhatian akan isu ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: